Saturday, 29 October 2011

.....SEJ@RAH SMK JITRA.....

Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra, lebih dikenali sebagai SMK Jitra ataupun nama penanya "Mentra", terletak di tengah-tengah pekan Jitra, Kedah berhampiran kompleks membeli-belah PJ 2. Bersebelahan dengan sekolah, terdapat Klinik Kesihatan Wanita dan Kanak-Kanak Jitra. Dirasmikan pada 29 November 1964 oleh DYMM Tunku Bendahara Kedah, Tunku Abdul Malik Ibni Almarhum Sultan Badlishah. Ditukar nama menjadi Sekolah Menegah Jitra (SMJ) pada tahun 1966 dengan sistem pendidikan baru, aliran Melayu dan Inggeris. Pada tahun 1997, mendapat nama rasmi Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra (SMK Jitra).
Lokasi SMK Jitra amat strategik. Terletak di laluan utama Pekan Jitra dan berhampiran pusat pengajian tinggi seperti IPDA, IAB, POLIMAS, ILP, Kolej Komuniti dan Universiti Utara Malaysia. SMK Jitra juga telah mendapat pelbagai anugerah dan gelaran sehingga ke peringkat kebangsaan dan telah menjadikan SMK Jitra sebagai salah sebuah sekolah elit di Kedah. Antara gelaran dan anugerah yang dimenangi SMK Jitra ialah Sekolah Bestari, Sekolah Premier, Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan, Calon Sekolah Kluster, Naib Johan Sekolah Harapan Negara dan banyak lagi.

No comments:

Post a Comment